1 Syawal mungkin jatuh hari Jumaat – Dr MAZA

KANGAR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) memaklumkan terdapat kemungkinan 1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Jumaat sekiranya merujuk kepada kriteria penentuan terdahulu sebelum ia diubah.

Beliau berkata, situasi sama pernah berlaku pada tahun 2022 dan tidak mustahil berulang pada tahun ini.

“Jika berdasarkan kriteria lama sebelum perubahan dibuat, ada kemungkinan 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, seperti yang berlaku pada 2022,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story pada Rabu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa penentuan rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri di Malaysia adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Pengumuman rasmi dijangka dibuat selepas proses cerapan anak bulan yang dijalankan di seluruh negara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat