1,000 peserta sertai perhimpunan solidariti Palestin di Padang Merbok

Lebih dari 1,000 rakyat Malaysia mengunjungi Padang Merbok, Jalan Parlimen Kuala Lumpur pada petang Ahad untuk hadir bersolidariti terhadap rakyat Palestin selaras dengan pendirian kerajaan yang menyokong perjuangan pembebasan rakyat negara berkenaan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang turut hadir di parhimpunan berkenaan untuk menunjukkan sokongan kerajaan MADANI dalam mengembalikan hak Palestin sebagai negara berdaulat.

“Perang yang berlaku ini harus dihentikan serta merta bagi menyelamatkan nyawa mereka yang tidak berdosa.

“Saya menyeru semua rakyat untuk terus berdoa kepada Allah supaya rakyat Palestin sentiasa dipelihara, diberikan kekuatan dan kekal bersemangat tinggi demi kemerdekaan Palestin,” katanya menerusi kenyataan.

Turut hadir, Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri dalam hal ehwal Ekonomi dan Kewangan, Nurul Izzah Anwar.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat