Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah berjaya menahan 104 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan dibawa semula ke negara asal di Depot Imigresen Tawau pada Selasa.
Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Siti Saleha Habib Yussof berkata, pecahan tahanan yang dipindahkan balik secara terus ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka, Indonesia terbahagi kepada tiga kategori.
“Seramai 78 tahanan lelaki, 21 tahanan wanita dan lima orang kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah antara pecahan tahanan yang dipindahkan balik.
“Dalam pada itu, bagi purata umur tahanan adalah dari 2 tahun sehingga 55 tahun dan kanak-kanak yang terlibat adalah bersama ibu atau bapa atau penjaga masing-masing,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, kesemua PATI yang ditahan di lokasi berkenaan telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar ke negara asal dikenakan,” katanya.
Justeru itu, JIM Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PATI setelah melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara secara terus.
Baca juga: