127 rakyat Palestin akan dihantar pulang

PETALING JAYA: Kerajaan dalam proses penghantaran pulang 127 rakyat Palestin yang tinggal sementara di Malaysia sejak Ogos tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet minggu lepas dan proses tersebut diuruskan Kementerian Luar bersama Kementerian Pertahanan.

“Kedua-dua kementerian yang terlibat akan memperincikan mengenai perkara itu dalam masa terdekat dan kesemua mereka berada dalam keadaan sihat.

“Mereka (rakyat Palestin) telah menerima rawatan dan memohon untuk pulang. jadi, dalam keadaan gencatan senjata, ini mungkin masa sesuai untuk penghantaran pulang,” katanya, memetik Utusan Borneo pada Ahad.

Pada 16 Ogos lalu, Malaysia membawa seramai 127 warga Palestin, termasuk 41 pesakit yang cedera akibat serangan Israel di Gaza.

Hal ini dibuat untuk merawat mereka dan dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini, sementara ahli keluarga mereka pula ditempatkan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).

Namun begitu, dilaporkan, berlakunya kekecohan yang dibuat oleh warga Palestin di WTKL kerana mereka mahu pulang segera ke tanah air.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat