127 rakyat Palestin selamat tiba di Malaysia

PETALING JAYA: Seramai 127 rakyat Palestin selamat tiba di Malaysia termasuk 41 orang yang memerlukan rawatan susulan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia selari dengan pendirian negara yang lantang menentang tindakan tidak berperikemanusiaan, genosid Israel.

“Setelah ditapis untuk layak terbang, kita kenal 41 pesakit iaitu 20 lelaki dan 21 perempuan, umur lapan bulan hingga 62 tahun dan ramai berumur 12 tahun ke bawah.

“Disamping pesakit itu, mereka diiringi waris-waris kerana ada yang melibatkan kanak-kanak. wajar kita bawa mereka bersama seramai 86 waris, jadi jumlah semuanya 127 orang.

“Kita menggunakan dua pesawat iaitu Airbus A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah terbang dua hari lepas dan satu lagi dari Karachi dan hari ini, dua pesawat sampai,” katanya dalam sidang media bersempena dengan ketibaan pesakit rakyat Palestin yang akan mendapat rawatan di Malaysia di pangkalan TUDM, Subang.

Khalid turut mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Mesir yang berusaha menolong Malaysia dalam hal ini.

“Pesakit ini sedang rehat, didiagnosis sebelum dibawa ke Hospital melalui ambulan yang disediakan dengan tiga wad akan ditempatkan. Saya ucapkan banyak terima kasih kepada semua terlibat.

Untuk rekod, enam negara yang menyatakan kesanggupan membawa rakyat Palestin yang cedera ke negara masing-masing dan Malaysia adalah negara kelima.

Anda Mungkin Berminat