15 buah rumah setinggan Kampung Pandan terbakar

Sebanyak 15 buah rumah setinggan di Lorong Delapan, Kampung Pandanm musnah akibat kebakaran pada Selasa.

Menurut Komander Operasi Kanan, PKPgB Mustapa Kamal Mohd Arih, semua rumah yang di kawasan seluas 300 kaki persegi musnah 100 peratus.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 9.51 malam.

“Bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian itu sementara kebakaran dapat dikawal pada pukul 10.54 malam manakala kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 12.30 tengah malam.

“Sejumlah 48 orang anggota bomba pelbagai pangkat telah ditugaskan dalam operasi pemadaman kebakaran pada kali ini dengan menggunakan tiga jentera FRT, dua jentera LFRT, lima Water Tanker dan dua buah kenderaan Unit EMRS,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pudu, BBP Hang Tuah dan BBP Keramat telah digerakkan ke lokasi kejadian sebelum menambah keanggotaan daripada BBP Bandar Tun Razak, BBP Cheras dan BBP Sentul bagi melancarkan operasi pemadaman kebakaran.

Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Desa Petaling, PBS Sounth dan PBS Gombak truut hadir untuk memberi kerjasama.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat