15 Sekolah Di Indera Mahkota Terima Kit SPM 2025

KUANTAN: Sebanyak 15 sekolah sekitar Indera Mahkota menerima Kit Peperiksaan SPM 2025 dalam majlis munajat yang diadakan malam tadi di Masjid Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Sungai Karang.

Majlis itu diketuai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Farhan Fauzi bersama ratusan calon SPM 2025, bertujuan mendoakan keberkatan dan kejayaan pelajar menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.

Farhan menyerahkan kit berkenaan sebagai tanda sokongan dan dorongan moral kepada pelajar supaya terus berusaha dengan yakin dan istiqamah.

Farhan berkata, program sebegini menjadi titik permulaan motivasi kepada pelajar dan memberi galakan untuk mencapai kejayaan cemerlang.

“Teruskan melangkah dengan doa, usaha dan tawakal kerana kami sentiasa mendoakan kejayaan kalian, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran pada Jumaat.

Program ini adalah salah satu inisiatif Parlimen Indera Mahkota dalam memberi sokongan akademik, moral dan spiritual kepada pelajar bagi menghadapi SPM 2025.

Turut hadir ialah Ahmad Zamri Md Isa, Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, dan Shaiful-Azizi Sukri, Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat