SELERO Nogori antara keistimewaan yang tidak harus dilepaskan jika anda berbuka puasa di Royale Chulan Seremban nanti.
Sesuai dengan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, ternyata Warna Rasa Ramadan Buffet yang menghidangkan lebih 150 menu mengetengahkan sajian tradisional Melayu dan bergabung dengan selera antarabangsa.
Pengurus Besar Royale Chulan Seremban, Abd Halim Md Yusof berkata pemilihan tema “Warna Rasa” melambangkan kepelbagaian budaya serta keunikan masakan tradisional yang menjadi tunjang utama buffet Ramadan hotel itu tahun ini.
“Konsep ini bukan sahaja menitikberatkan rasa, malah menampilkan keindahan visual serta kenangan yang sering dikaitkan dengan hidangan berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai,” katanya.
Antara tarikan utama buffet ini ialah pelbagai lauk pauk tradisional seperti Rendang Pucuk Ubi, Pecal Warisan Seri Menanti dan Rojak Buahan, selain hidangan istimewa termasuk Kambing Golek, Oxtail Assam Pedas, Itik Rendang Daun Puding, Daging Masak Lomak Nogori serta Royale Shellout.
Turut disediakan ialah Satay Ayam dan Satay Daging lengkap bersama nasi himpit, kuah kacang, timun dan bawang, di samping Sup Campur Istimewa yang menawarkan pilihan daging batang pinang, tulang rawan, perut lembu dan urat keting lembu bersama pelbagai jenis mi serta bahan iringan.
Tidak hanya itu, hotel ini turut menyediakan aneka pencuci mulut tradisional seperti serawa durian bersama pulut pandan, puding roti dan aneka kek.
Baca juga:








