Angka mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 158 orang setakat pukul 8 pagi pada Selasa.
Kesemua 16 keluarga itu kini ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun, Setiu dan Marang lapor Harian Metro.
Sementara itu, berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, satu sungai di negeri ini melepasi paras amaran, manakala tiga lagi mencatatkan bacaan melepasi paras waspada.
Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman yang mencatatkan bacaan 18.02 meter (m) direkodkan melepasi paras amaran.
Tiga lagi sungai yang merekodkan bacaan melepasi paras waspada adalah sungai di Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Kemaman.
Baca juga: