16,700 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera di seluruh Malaysia dijangka siap tahun ini

Kerajaan sentiasa optimis memastikan kebajikan anggota tentera terpelihara sebagai tanda menghargai khidmat bakti mereka terhadap negara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari menyatakan, pihak kementerian akan sentiasa melaksanakan senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) sedia ada di seluruh negara melalui peruntukan tahunan yang diterima.

“Dua agensi pelaksana telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan senggaraan tersebut iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP), Markas Angkatan Tentera Malaysia.

“Kementerian Pertahanan telah diperuntukkan sebanyak RM400 juta bagi kerja-kerja senggaraan RKAT,” katanya apabila menjawab pertanyaan Datuk Khlir Mohd Nor di Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Palimen ke-15 pada Khamis.

Tambah Adly, skop kerja bagi peruntukan Belanja Mengurus (OE) ke Belanja Pembangunan (DE) tidak terhad kepada RKAT sahaja tetapi termasuk blok penginapan anggota bujang, wisma transit dan kemudahan taman permainan.

“Kementerian Pertahanan telah merancang kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan 16,700 unit RKAT di
seluruh Malaysia yang dijangka akan disiapkan pada tahun ini,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat