170 rakyat Malaysia selamat tiba di di Tanah Air

SEPANG: Kerajaan berjaya melaksanakan operasi evakuasi bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara Asia Barat susulan konflik di rantau berkenaan.

Operasi itu dilaksanakan melalui penerbangan khas Malaysia Airlines yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah pada 10 Mac lalu sebelum selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.48 tengah hari, pada Rabu.

Seramai 170 individu berjaya dibawa pulang dalam operasi berkenaan, terdiri daripada rakyat Malaysia yang berada di Jeddah dan Madinah seramai 133 orang, selain sebahagian lagi yang dipindahkan dari Qatar (34 orang), Syria (dua orang) dan Jordan (seorang).

“Kerajaan berjaya melaksanakan operasi evakuasi bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara Asia Barat melalui penerbangan khas,” menurut kenyataan Majlis Keselamatan Malaysia.

Operasi membawa pulang rakyat Malaysia itu diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya langkah segera diambil bagi memastikan keselamatan dan kebajikan warganegara di kawasan konflik sentiasa terpelihara.

Ketegangan di Asia Barat dilaporkan meruncing sejak 28 Februari lepas susulan siri serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat