18 stesen minyak di Johor kehabisan diesel

Sebanyak 18 stesen minyak di daerah Johor Bahru, Johor terkesan dengan isu ketiadaan diesel sejak Khamis.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, stesen minyak yang terjejas dengan ketiadaan diesel termasuk 11 stesen di Batu Pahat, empat di Johor Bahru, dua di Kota Tinggi manakala satu di Segamat.

“Namun, proses menambah bekalan sedang giat dilakukan oleh pihak kami.

“Hanya sebilangan kecil sahaja yang kekurangan stok diesel dan proses menambah bekalan sedang dilakukan bermula semalam lagi.

“Stesen lain yang tidak terjejas menunjukkan bekalan diesel yang mencukupi dan mampu memenuhi permintaan diesel oleh pengguna,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali dilaporkan berkata, beberapa stesen minyak di seluruh negara yang terputus bekalan minyak diesel akan menerima bahan bakar itu dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam akan datang.

Petronas Dagangan Berhad terdahulu turut menyatakan beberapa stesennya di seluruh negara berdepan kehabisan stok bekalan diesel dan perkara itu dijangka berterusan sehingga 31 Disember ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat