Oleh: Tyah Helmi
PUTRAJAYA:(KEMAS KINI) Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah terhadap tuduhan pertama menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bertindak selaku Hakim Mahkamah Tinggi, mendapati pihak pembelaan Najib Razak itu gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.
Dengan itu, Najib kini berdepan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap empat pertuduhan salah guna kuasa dan penjara lima tahun bagi setiap 21 pertuduhan pengubahan wang haram bagi kes 1MDB.
bagaimanapun memerintahkan agar tempoh penjara dijalankan serentak, bermakna Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 15 tahun bagi kesemua 25 sabitan ke atasnya.
Hukuman penjara tersebut hanya akan bermula selepas beliau menghabiskan hukuman penjara untuk kes SRC International, yang sedang dijalaninya.
Sequerah juga memerintahkan Najib untuk membayar denda keseluruhan berjumlah RM11.4 bilion bagi empat pertuduhan salah guna kuasa dan jika gagal berbuat demikian, dia perlu menjalani hukuman penjara tambahan sehingga 40 tahun.
Hakim tidak mengenakan sebarang denda ke atas Najib atas 21 kesalahan pengubahan wang haram, dengan menyatakan bahawa ia “bukan mandatori”.
Sebelum ini, Najib membela diri terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini, antara 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014.
Baca juga:








