2 rumah pekerja terbakar 80 peratus di Batu Pahat

Dua buah rumah pekerja terbakar kira-kira 80 peratus di Kilang Ramatex, Kawasan Perindustrian Sri Gading, Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor pada pukul 11.19 pagi hari Isnin.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Johor, Ayub Majid melaporkan kebakaran tersebut melibatkan rumah pekerja kelas C 10 pintu berkeluasan 165×100 kaki persegi.

Ayub turut melaporkan rumah kedua yang terjejas dalam kebakaran tersebut pula merupakan sebuah rumah kontena berkeluasan 40×10 kaki persegi.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran berkenaan,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Pemadaman kebakaran tersebut menggunakan dua aliran 200 kaki empat pancutan sumber air dari pili bomba berhampiran sehingga kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 11.33 pagi.

Operasi pemadaman tersebut melibatkan seramai 23 orang anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram dan BBP Batu Pahat bersama dua unit jentera FRT, dua unit kenderaan EMRS, dua buah motosikal RIM dan satu unit jentera water tanker.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat