Dua orang mangsa cedera apabila kereta yang dinaikinya terbabas lalu terbalik dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Jemaluang, Johor pada Khamis.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 1.13 petang.
Pegawai Bomba Kanan, Anuar Hussine berkata, seramai lapan anggota bertugas digerakkan ke lokasi kejadian bersama satu unit jentera LFRT.

“Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Hilux terbabas dan terbalik.
“Terdapat seorang mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam manakala seorang lagi tersepit di bahagian pemandu dikeluarkan oleh pasukan Bomba,” katanya.
Anuar berkata pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dan kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya.
Walaubagaimanapun tiada rekod kematian dilaporkan dan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan.
Baca juga: