HANYA 2 hari lagi, peminat setia HUJAN atau lebih dikenali sebagai RAINGERS bakal berentap untuk mendapatkan tiket konsert ulang tahun ke-20 HUJAN XX: #HUJAN20TAHUN yang akan berlangsung pada 27 Jun 2026, Sabtu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Konsert ini menandakan 20 tahun perjalanan HUJAN dalam industri muzik Malaysia, dengan janji persembahan penuh tenaga, lagu-lagu hit dan pengalaman interaktif yang pasti menggetarkan peminat.
Tiket ditawarkan dalam beberapa kategori, antaranya RM 158 (Sang Enemy), RM 188 (123 Go), RM 208 (Mencari Konklusi), RM 228 (Lonely Soldier Boy), RM 248 (ABCDEFGHUJAN), dan RM 268 (Check Check Rock Rock).
Penganjur, ICON Entertainment, mengumumkan tiket rasmi akan mula dijual Jumaat, 10 April 2026, jam 3 petang melalui laman web www.ticket2u.com.my/Hujan. Ramai dijangka bersedia “battle” untuk mendapatkan tempat terbaik di stadium.
Bagi RAINGERS, ini bukan sekadar membeli tiket, tetapi satu misi untuk menyertai malam nostalgia dan muzik epik HUJAN. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada sejarah muzik rock tempatan!
Baca juga:








