PEMIMPIN Perikatan Nasional (PN) digesa tidak memandang rendah terhadap kepintaran rakyat Selangor dalam memilih kepimpinan.
Rakyat Selangor puas hati dengan pentadbiran sedia ada |
Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Manivanan Gowin berkata, pentadbiran kerajaan negeri Selangor kini merupakan bukti bahawa rakyat mengiktiraf pencapaian Pakatan Harapan (PH).
“Kerajaan PH sekarang telah berjaya mentadbir negeri dengan pendekatan ‘mesra rakyat’.
“Bukan bermain dengan kata-kata, tetapi lebih suka mendengar dasar dan pendekatan yang akan dilakukan oleh pihak lawan untuk rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Manivanan sebelumnya mengulas kenyataan timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang berkata PN tetap yakin menawan Selangor.
Mengulas lanjut, Manivanan berkata, perkataan yang lebih tepat terhadap kenyataan Wan Ahmad Fayhsal adalah pembangkang dalam penantian.
Khamis lalu, seorang penganalisis menjangkakan PH-BN akan menguasai 55 peratus undi pada PRN enam negeri berbanding PN yang hanya akan memperoleh 45 peratus undi.
Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dipetik Berita Harian berkata, bagi negeri yang dikuasai PH seperti Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, gabungan itu ada kelebihan dengan mengambil kira prestasi mereka di negeri berkenaan.
Tambahnya, peranan dan sokongan dari UMNO-BN pula adalah satu kelebihan bagi negeri yang dikuasai PH.