Uncategorized

Harga internet lebih murah menjelang September – Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sekali lagi menekankan harga internet dijangka akan lebih murah menjelang bulan September 2023 ini.

“Semua penyedia perkhidmatan Internet jalur lebar telah diarahkan untuk mengurangkan harga Internet bermula September depan. Perkara itu, selaras dengan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP), yang menyaksikan harga borong Internet dikurangkan dan menjadi lebih murah.

“Untuk memastikan rakyat mampu menikmati perkhidmatan Internet yang terbaik, banyak perkara telah kerajaan usahakan termasuk Internet prabayar yang lebih murah. Dulu RM10 sekarang RM5, mala Internet jalur lebar juga lebih murah,” katanya.

Beliau berkata demikian di program ceramah Mega Perdana di Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, di Ukay Perdana dekat sini malam Ahad.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close