Uncategorized

Hadi Awang dipanggil lagi ke Bukit Aman, ekoran ucapan semasa kempen PRK Johor

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan dipanggil memberi keterangan berhubung suatu laporan polis terhadap ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Simpang Jeram, Johor.

Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman, berkata pihaknya dihubungi pegawai penyiasat daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi ini, bagi mendapatkan keterangan Hadi Awang.

Beliau berkata, perkara ini sudah dimaklumkan kepada Hadi Awang yang juga Presiden Pas dan beliau menyatakan kesediaan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada siasatan oleh Bukit Aman.

“Malah sebelum ini Tan Sri Tuan Guru (Hadi Awang) sudah pun memberikan keterangan kepada Bukit Aman, termasuklah menyerahkan peranti (telefon bimbit) milik pengendali akaun Facebook rasmi beliau (Setiausaha Akhbar) kepada pihak Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bagi membantu siasatan.

“Dalam hal ini, Tan Sri Tuan Guru (Hadi Awang) menaruh kepercayaan penuh terhadap profesionalisme pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM dalam menjalankan tugas dan siasatan,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close