Hiburan

TikTok Awards 2023: Anugerah Creator Of The Year milik Khairul Aming

Pempengaruh media sosial yang terkenal dengan kandungan masak-masak, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming, 31 dinobatkan sebagai Creator of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023 yang diadakan buat julung kalinya.

Khairul Aming berjaya menewaskan lima calon lain iaitu Boss James, Lawyer Gandhi, Auntie Purple, Ceddy dan Sally.

Mengulas tentang kemenangannya itu, Khairul berkata, ia adalah hasil sokongan keluarga, rakan pencipta kandungan serta pasukan perniagaannya.

“Terima kasih kepada mak, arwah ayah dan pasukan Sambal Nyet.

“Kalau ayah dapat tengok saya terima anugerah ini mesti dia berbangga sebab sudah lapan tahun saya bekerja keras,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Khairul turut menitipkan kata-kata nasihat kepada pempengaruh muda untuk tidak melupakan hasrat terus belajar dan membuat kandungan media sosial yang berfaedah.

TikTok Awards Malaysia 2023 berlangsung dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), malam tadi.

Anugerah ini mempertandingkan 13 kategori yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu pilihan juri dan pilihan peminat.

Majlis anugerah malam tadi turut dimeriahkan dengan beberapa nama besar seperti Datuk Yusof Haslam, Bell Ngasri, Amber Chia, Farah Ann Abdul Hadi dan ramai lagi yang akan menyampaikan trofi.

Penonton juga diserikan dengan persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, Dolla, Marsha Milan, Ernie Zakri, Alyph dan ramai lagi.

Malam kemuncak TikTok Awards Malaysia 2023 dihoskan Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close