Uncategorized

Kuasa wanita Umno penentu kemenangan PRK

Kuasa pengundi wanita khususnya daripada ahli Umno akan menjadi penentu kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pulai pada 9 September ini.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata jumlah pengundi wanita yang hampir mencecah 50 peratus itu seharusnya digunakan sebagai strategi untuk memenangkan calon PH, Suhaizan Kayat di Parlimen itu.

“Saya percaya bahawa ini adalah satu tanda yang sangat menggalakkan dan saya harap kerjasam antara PH dan BN kita boleh memenangi kerusi Parlimen Pulai dan supaya calon daripada PH boleh angkat sumpah sebagai ahli Parlimen Pulai pada 11 September depan,” katanya kepada pemberita semasa Himpunan Wanita Perpaduan Johor 2023 di Dewan Cerebral Palsy, hari ini.

Sehubungan itu, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, sayap wanita PH dan Umno perlu memperbanyakkan ‘walkabout’ bersama-sama supaya menunjukkan bahawa kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan.

Katanya, sayap wanita Umno bersama jentera lain daripada parti itu banyak berkorban membantu calon PH bagaikan Suhaizan adalah calon daripada parti Umno sendiri.

Sementara itu calon PH Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat yakin dengan adanya bantuan daripada jentera wanita dapat memberikan penerangan dan meyakinkan pengundi dalam PRK kali ini.

Pelbagai usaha dilakukan bagi meraih sokongan mereka termasuk mengadakan Program Jualan Rahmah.

“Saya lihat ramai daripada kalangan pembeli merupakan kaum wanita, jadi ia secara tidak langsung akan cuba menarik kumpulan itu dalam kempen kali ini.

“Ia juga dilihat sebagai usaha yang boleh memikat pengundi wanita bagi membantu kemenangan di Parlimen Pulai,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close