Uncategorized

Sarawak tidak berhasrat perkenal mata wang sendiri – Abang Johari

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak tidak akan menggunakan mata wang sendiri, sebaliknya kekal menggunakan Ringgit Malaysia (RM).

Beliau berkata, isu penggunaan mata wang sendiri yang dibayangkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi itu sekadar pandangan peribadi.

Katanya, penggunaan mata wang sendiri di Sarawak adalah isu yang cukup rumit dan perlu penelitian khusus.

“Tak tahulah, itu sekadar pandangan peribadi Nanta. Kita sudah ada mata wang Malaysia, jadi kita kena ikutlah (gunakan mata wang Malaysia),” katanya selepas merasmikan Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak di Auditorium Muzium Kebudayaan Borneo, di Kuching, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nanta yang membayangkan kemungkinan Sarawak bakal memperkenalkan mata wang sendiri susulan ekonomi yang tidak menentu di Malaysia.

Ahli Parlimen Kapit yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu membayangkan perkara itu dalam siaran podcast bertajuk ‘Dari Malaya ke Malaysia: 60 tahun’ semalam.

Memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), Nanta berkata, pengenalan mata wang Sarawak antara langkah boleh dipertimbangkan jika keadaan ekonomi negara yang kurang memberangsangkan ini berterusan.

Beliau berkata, jika ekonomi Sarawak begitu baik namun ekonomi negara sebaliknya, mungkin Sarawak akan mempunyai mata wang sendiri.

Namun, Nanta berharap orang ramai tidak menggelarnya pengkhianat negara kerana beliau bercakap dengan serius berhubung perkara itu.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close