Uncategorized

Hubungan Malaysia, Indonesia mencakupi seni budaya – PM Anwar

Hubungan Malaysia dan Indonesia bukan sahaja dalam bidang diplomatik serta ekonomi, malah melangkaui bidang seni budaya seiring dengan konsep Kerajaan Madani, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, selain hubungan dua hala diplomatik dengan pentadbiran Presiden Joko Widodo serta interaksi dengan pengusaha dan pelabur, pemerkasaan seni budaya turut diberi perhatian.

“Saya dapat satu penghormatan kerana seniman, seniwati dan ‘influncer’ terkemuka Indonesia dapat kesempatan bersama.

“Saya mendapatkan juga pengalaman mereka dan cadangan untuk tingkatkan hubungan dua hala, juga memperkasa seni budaya,” katanya kepada media selepas menghadiri program bersama pempengaruh dan selebriti di Jakarta, malam tadi.

Program ‘Santai Bersama Anwar’ dihadiri seniman, seniwati dan pempengaruh terkemuka Indonesia termasuk Mulan Jameelah, Maruli dan Bara Tampubolon, Kartika Putri, Habib Usman, Selvi Kitty serta Melly Goeslow selain artis Malaysia, Fazura.

Antara perkara yang dibincang pada pertemuan itu adalah usaha memperjuang nasib golongan artis, menjadikan seni budaya sebagai medium dakwah, kerjasama artis kedua-dua negara dan peranan mereka dalam menjaga hubungan harmonis dua negara.

Anwar tiba di sini petang semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 yang bermula hari ini hingga 7 Sept.

Beliau dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala bersama Rakan Dialog ASEAN antaranya Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close