Uncategorized

PM Anwar hulur sumbangan kepada anak sulung mangsa nahas enam beranak di Segamat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan peribadi kepada remaja lelaki yang kehilangan ibu bapa dan empat adik-beradiknya akibat kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lepas.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Anwar berkata, sumbangan kepada Abdul Rahman Amir Ruddin, 19, diserahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi semalam, bagi meredakan ujian dan beban yang dihadapi remaja itu.

“Saya mohon teman-teman untuk turut bantu dan mendoakan buat Rahman agar kekal kuat semangat dan tabah menghadapi ujianNya.

“Semoga ahli keluarganya dikurniakan keampunan dan diberi tempat yang istimewa di sisiNya,” katanya.

Pada hantaran tersebut, Anwar turut memohon agar semua membantu dan mendoakan Rahman agar kekal kuat semangat dan tabah menghadapi ujian.

Kemalangan pada 1 September lalu di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, mengorbankan bapa dan ibu Abdul Rahman iaitu Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43.

Turut maut empat lagi adik-beradiknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, akibat Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan lori.

Seorang lagi adiknya, Abdullah Amir Ruddin, ketika ini masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat, Johor.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close