Uncategorized

Tunku Ampuan Najihah mangkat

Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, 100, mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, di sini pada 6.53 pagi tadi.

Almarhumah adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan memaklumkan jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan akan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada hari ini selepas waktu Asar.

Beliau juga mengumumkan tempoh berkabung sempena kemangkatan Tunku Najihah selama satu hari bermula hari ini.

“Sepanjang tempoh berkabung semua bendera di Negeri Sembilan hendaklah dikibarkan separuh tiang.

“Semua masjid dan surau juga digalakkan mengadakan majlis bacaan tahlil serta doa untuk Almarhumah,” katanya dalam kenyataan itu.

Jenazah akan disolatkan oleh Timbalan Mufti Kerajaan negeri, Amran Awaluddin sejurus selepas solat Fardhu Asar.

Jenazah kemudiannya akan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti.

Tunku Najihah adalah Raja Permaisuri Agong ke-10 dari 1994 hingga 1999.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close