Negeri

PKPS tawar bekalan 2,700 kampit beras jenama Ehsan kepada rakyat Selangor setiap hari

Sebanyak 2,700 kampit beras jenama Ehsan ditawarkan setiap hari kepada rakyat Selangor di tujuh lokasi bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata, beras dengan kuantiti 5 kg itu dijual pada harga serendah RM13 sekampit di premis jualan PKPS manakala di lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) kekal pada harga RM10.

“Ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk bantu rakyat Selangor dan meringankan beban mereka yang terkesan akibat kenaikan harga beras.

“Pada masa yang sama juga, kita mahu bantu kekalkan rantaian bekalan makanan yang baik untuk rakyat supaya tiada pihak yang terjejas,” kata Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi.

Beras jenama Ehsan boleh didapati di tujuh lokasi di sekitar Selangor termasuk melalui jualan lori bergerak.

Isnin lalu, kerajaan memaklumkan akan melaksana Jualan Rahmah Beras dalam masa terdekat bagi menangani isu kenaikan harga beras import selain kekurangan beras tempatan ketika ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh dilapor berkata mekanisme pelaksanaan akan diumum tidak lama lagi sebagai usaha meringankan beban rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close