Hiburan

Cristiano Ronaldo muncul dengan berbusana tradisi Arab Saudi dalam video terbaru

Kemunculan bintang antarabangsa Al-Nassr FC, Cristiano Ronaldo dalam video terbaharu kelab Arab Saudi itu mengujakan peminat bola sepak.

Penampilan Ronaldo lengkap dengan pakaian tradisional dan pedang sambil menari tarian tradisi negara itu adalah bersempena sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi yang diraikan pada 23 September setiap tahun.

Situasi itu dipaparkan menerusi sebuah video yang dimuat naik Al-Nassr di laman sosial kelab itu.

Video itu mulai tular selepas ia dikongsi menerusi akaun media sosial kelab berkenaan dan ia turut menampilkan rakan sepasukan Ronaldo.

Video yang berdurasi 2 minit 35 saat itu turut memaparkan sekumpulan kanak-kanak teruja melihat kehadiran ramai pemain ternama menyertai kelab berkenaan.

Ronaldo juga dilihat menari-nari dalam video itu dengan mengikut rentak irama paluan gendang Arab.

Sebagai rekod, pemenang lima kali Ballon d’Or itu membuat keputusan mengejut apabila memilih beraksi di Asia dengan menyertai kelab Arab Saudi Al-Nassr dengan menerima lebih 400 juta euro (RM1.84 bilion) untuk perpindahan itu.

Ia termasuk 200 juta euro (RM919.99 juta) bagi membantu Arab Saudi membida hak penganjuran Piala Dunia 2030.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close