Sukan Asia: Skuad skuasy wanita raih emas ketiga bagi acara berpasukan

Skuad skuasy wanita negara menampilkan semangat melawan kental menewaskan juara bertahan Hong Kong 2-1 pada acara akhir berpasukan, hari ini.

Kekalahan Rachel Arnold selaku perseorangan pertama kepada Tong Tze Wing nyata tidak menjejaskan tumpuan skuad negara.

Bagaimanapun Rachel bermula garang menang set pertama 11-7 sebelum lawan menyamakan kedudukan menang 11-7 pada set kedua.

Set ketiga Rachel sekali lagi mendahului menang 11-8.

Namun sekali, lagi Tze Wing bangkit menang 11 -8 pada set keempat dan memastikan mata pertama Hong Kong menamatkan set penentuan 11-6.

S Sivasangari yang tampil selaku perseorangan kedua mengikat kedudukan satu sama selepas mudah menewaskan Ho Tze Lok 11-5, 11-8 dan 11-6.

Aksi penentuan menyaksikan Aifa Azman tampil selaku perseorangan ketiga menentang Chan Sin Yuk.

Menang dua set awal 11-5 dan 11-8, Malaysia cemas seketika apabila Sin Yuk menang set ketiga 13-11.

Begitupun Aifa tetap beraksi tenang menang set keempat 11-8 untuk memastikan kemenangan 2-1 pasukan negara dan emas milik Malaysia.

Anda Mungkin Berminat