Negeri

Abang Jo mahu Sarawak jadikan ‘Grace the robot’ inspirasi untuk hasilkan robot

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu Sarawak menghasilkan robot bagi membantu manusia dalam aktiviti harian.

Beliau berkata, Sarawak boleh mengambil inspirasi daripada robot jururawat ‘Grace the robot’ yang membuat penampilan pada Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia Ke-27 dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak Keenam (WCIT|IDECS) 2023 di Kuching, baru-baru ini.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri bersedia untuk memberi peruntukan bagi projek penghasilan robot tersebut.

“Mungkin kita boleh gunakan nama berbeza (untuk robot) yang lebih berciri Sarawak.

“Saya difahamkan Grace the robot mempunyai lebih 4,000 motor pada kepalanya sahaja.

“Mungkin untuk projek ini kita boleh minta Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) untuk bekerjasama dengan Huawei, katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Kelima Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) di Kuching, malam tadi.

Katanya, robot yang dihasilkan itu boleh digunakan dalam penjagaan kesihatan selain melakukan tugas dan aktiviti lain.

Grace ialah robot yang dibangunkan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) oleh Hanson Robotics berpangkalan di Hong Kong.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close