Nasional

Belanjawan 2024: RM1.9 bilion untuk martabat syiar Islam

Peruntukan RM1.9 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam dalam Belanjawan 2024 Malaysia Madani diyakini mampu memperkasakan ummah selain memperkukuhkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Peruntukan untuk pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam itu termasuk pembinaan dua institusi pendidikan Islam di Kuala Lumpur dan Jempol, Negeri Sembilan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM150 juta akan disediakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyelenggara dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan islam antaranya sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar dan sekolah tahfiz.

“Insya-Allah, penganjuran majlis ilmu oleh tokoh dan ilmuan Islam di seluruh negara khususnya di Kompleks Seri Perdana akan diteruskan dan diperbanyak bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan ilmu agama kepada umat Islam,” katanya ketika Belanjawan Madani 2024 di Dewan Rakyat, semalam.

Menghargai jasa dan peranan besar lebih 70,000 guru takmir, guru KAFA, imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti, kerajaan bersetuju untuk memberikan sumbangan khas ditambah menjadi RM700 yang akan disalurkan terus kepada mereka dengan peruntukan disediakan lebih RM50 juta.

Sejak 2003, Kerajaan ketika itu telah memberhentikan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat atas alasan pendekatan pengajaran Islam yang tidak berada di landasan yang betul.

Justeru Kerajaan Perpaduan memutuskan untuk mengembalikan semula geran bantuan sebanyak RM20,000 kepada semua Sekolah Agama Rakyat yang berdaftar di bawah JAKIM.

“Pemberian ini diharap dapat menyokong fungsi Sekolah Agama Rakyat dalam melahirkan generasi baharu Islam yang seimbang ilmu duniawi dan ukhrawi mereka,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close