Negeri

8 individu dilarang muncul di Mahkamah Sibu 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melarang kehadiran lapan individu di perkarangan Mahkamah Sibu, Sarawak pada Selasa.

Perkara itu dibuat selepas PDRM menerima maklumat bahawa akan berlaku satu perhimpunan di perkarangan kawasan mahkamah.

Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah sementara menghalang perhimpunan dalam kes kacau ganggu yang telah dikeluarkan selama tempoh tujuh hari dari tarikh 17 Oktober 2023 hingga 23 Oktober 2023. 

Dalam satu kenyataan, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, perintah tersebut dikeluarkan bagi menghalang kehadiran penama untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak hadir bagi menyatakan sokongan terhadap mereka yang terlibat dalam perbicaraan tersebut.

“Tindakan memerikan sokongan sedemikian dikhuatiri boleh mendatangkan suasana yang boleh mengancam keamanan dan ketenteraman awam,” jelasnya. 

Individu yang disebut ialah Mathew Mudai Anak Umpi, Jonas Ling Lee King, Andrew Lau Chii Chuong, Alistair Lau Chii Kiat, Chua Yieng Hui, Lawrence Anak Clement Ahsay, Napoleon Anak Lawik dan Alim@Giovanni Adlim AK Mideh. 

Sekiranya penama ingar perintah tersebut boleh dihukum di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan. 

Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai sebulan atau denda yang boleh sampai RM400 atau kedua-duanya sekali. 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close