Pengacara popular, Jihan Muse memohon maaf secara terbuka kepada penyanyi, Azmi Saat atas keterlanjurannya sewaktu mengendalikan program nyanyian, All Stars Gegar Vaganza pada Ahad lalu.
Menurut Jihan atau nama lengkapnya, Nur Jihan Muse, 40, dia juga sudah menghubungi Azmi pada Isnin untuk bermohon maaf pada Isnin.
Katanya, dia mengakui kesilapan tersebut dan tidak berniat untuk mempermainkan nama atau mempersendakan nama bapa penyanyi terbabit.
“Saya akui ia adalah kesilapan dari saya sendiri kerana tidak peka dan sensitif. Begitu juga dengan gurauan yang tidak bersesuaian yang telah dibuat.
“Ia tidak patut berlaku pada sesiapa pun. Bagaimanapun ini adalah pengajaran buat saya untuk lebih peka dan berhati-hati,” katanya dalam satu kenyataan di Instagram.
Dalam pada itu, pelakon filem Hero: Jangan Bikin Panas itu turut terbuka menerima teguran selain mengharapkan agar perkara sebegitu tidak lagi berulang.
“Ia bukan satu perkara yang boleh dinormalisasikan. Semoga kami dapat menyusun skrip dengan lebih baik selepas ini,” tambahnya.
Azmi yang hadir ke acara tersebut apabila dia menjadi bintang undangan untuk membuat persembahan dengan Azharina bagi mempersembahkan lagu Pupus nyanyian Dewa 19.
Selain Jihan, selebriti serba boleh, Nabil Ahmad bersama Elly Mazlein.
Bagaimanapun Elly bertindak untuk menarik diri daripada mengendalikan acara terbabit pada minggu lalu.