Nama pelakon Aniq Suhair hangat diperkatakan apabila dirinya dikaitkan dengan kontroversi tuduhan kononnya menghamilkan dan meminta seorang wanita menggugurkan kandungan.
Aniq atau nama sebenarnya, Aniq Suhair Mohd Salle, 23, menyifatkan tindakan individu terbabit mempunyai unsur jahat dan cuba untuk merosak serta menjejaskan nama baiknya.
Bagaimanapun pelakon drama Liar itu turut enggan mengulas panjang mengenai perkara itu selain menyerahkan hal tersebut kepada pihak berkuasa.
“Saya tak dapat beri komen lanjut kerana ia akan menjejaskan proses undang-undang.
“Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Aniq turut mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan bagi melindungi hak dan menjaga nama baik serta keluarga. Hal itu termasuk memulakan tindakan saman terhadap individu terbabit