Sukan

Malaysia tawar jadi tuan rumah perlawanan Kelayakan Piala Dunia antara Palestin dan Australia

Malaysia terus menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin termasuk dalam bidang sukan.

Terbaharu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim menyatakan kesediaan negara ini untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan dalam Kumpulan I Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Palestin dan Australia yang dijadual berlangsung pada 21 November nanti.

Bagi tujuan itu Adam menjelaskan pihaknya telah menghubungi Kedutaan Palestin dan memaklumkan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah perlawanan itu di Stadium Bola Sepak Cheras.

“Kami telah menghubungi Kedutaan Palestin petang tadi dan membuat tawaran kami kepada mereka untuk menjadi tuan rumah perlawanan antara Palestin dan Australia di Stadium Bola Sepak Cheras, Bandar Tun Razak bulan depan,” katanya melalui laman sosial X.

Pelawaan itu dibuat susulan hantaran di X daripada seorang wartawan Mani Djazmi @BBC_Mani yang menyatakan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah menolak permintaan Palestin untuk perlawanan itu diadakan di Algeria.

“AFC telah menolak permintaan Palestin untuk beraksi dalam kelayakan Piala Dunia menentang Australia bulan depan di Algeria memetik Algeria adalah benua yang berbeza, kemudahan dan kebajikan pemain yang tidak diketahui.

“Palestin perlu menamakan satu venue neutral baharu di Asia menjelang 25 Okt ini,” kata Djazmi.

Malaysia pernah menjadi gelanggang neutral untuk perlawanan pertama perlawanan “play-off” pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 antara Syria dan Australia di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Oktober 2017.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close