Global

Anwar, Mahmoud Abbas bincang perkembangan terkini di Gaza

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesepakatan itu disuarakan semasa perbualan telefon antara beliau dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas bagi membincangkan perkembangan terkini di Gaza.

“Kami juga berharap agar semua pihak dapat berusaha untuk memastikan bantuan kemanusiaan disalurkan dengan segera kepada rakyat Palestin,” kata Anwar menerusi catatan di akaun X beliau, semalam.

Perdana Menteri berkata beliau juga menerima penjelasan mengenai serangan yang dilakukan rejim Zionis ke atas orang awam dan bersama-sama dengan Abbas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Perdana Menteri kini berada di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Malaysia adalah penyelaras ASEAN bagi Sidang Kemuncak ASEAN-GCC, yang bertujuan mengoptimumkan kerjasama antara kedua-dua pertubuhan serantau itu.

Sidang kemuncak itu dijangka membincangkan konflik Israel-Palestin dan mencari jalan untuk menoktahkan penderitaan penduduk Gaza susulan tindakan ketenteraan terkini oleh rejim Zionis. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close