Berang dengan kenyataan yang dilemparkan pengguna media sosial, Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh menyelar tindakan mereka selain meminta agar lebih rasional berbanding beremosi.
Dalam satu kenyataan, Syed Ibrahim menasihati agar mereka mendiamkan diri sekiranya tidak bersimpati atas masalah kesihatan yang dihadapi oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Pada masa sama, beliau turut memuat naik paparan tangkap layar akaun media sosial yang mendakwa masalah kesihatan yang dialami Rafizi itu hanya bertujuan untuk mendapatkan simpati.
“Semoga Allah beri kelembutan dan kewarasan dalam hati kita semua,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman sosial, X baru-baru ini.
Sebelum ini, tular gambar tangkap layar memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan lawatan kebajikan ke salah pusat perubatan untuk melawat Rafizi yang dikatakan mengalami sakit jantung.