Politik

PAS mengemis undi ‘kumpulan perosak negara’

Dalam merangka starategi baharu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengharapkan undian daripada pengundi bukan Islam dapat mengukuhkan kedudukan parti pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Perkara itu dinyatakan dalam ucapannya di Muktamar PAS ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal, (IDCC), Shah Alam baru-baru ini.

“Kita sudah buat banyak sesi dialog dengan pihak bukan Islam, namun kesannya tidak sampai pada majoriti mereka.

“Selepas ini, kita perlu lebih banyak buat kerja lapangan, dekatkan mereka (orang bukan Islam) dengan PAS,” katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun mendapat tentangan daripada Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyifatkan Abdul Hadi sebagai individu yang tidak tetap pendirian dan tidak konsisten.

Perkara terbabit terbukti apabila, Abdul Hadi mengubah pendiriannya untuk mendapatkan kepercayaan daripada pengundi bukan Islam sedangkan, beliau pernah menggelar golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera sebagai kumpulan majoriti perosak politik dan ekonomi negara.

“’Amanat Abdul Hadi mengingatkan mengenai tohmahan beliau terhadap pengundi bukan Melayu pada Ogos tahun lalu.

“Nampaknya Abdul Hadi sedang menagih undi kumpulan yang sebelum ini pernah beliau lebel sebagai ‘perosak negara’.

“Sejak dulu beliau terkenal dengan sikap yang tidak konsisten dalam berkempen, hari ini cakap lain, esok cakap lain,” jelas Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu pada Sabtu,

Untuk rekod, Abdul Hadi mengarahkan ahli parti agar memberi perhatian kepada pengundi bukan Islam selepas pihaknya melakukan bedah siasat dan mengakui PAS lemah dalam menarik undi bukan Malayu.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close