Satu video tular di media sosial menunjukkan, penyanyi, Sufian Suhaimi dikatakan sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati pilihannya.

Hal tersebut dikukuhkan lagi apabila video terbabit memaparkan ibu Sufian menyarungkan cincin kepada wanita berusia 23 tahun itu.

Pada masa sama, khalayak yakin pelantun lagu Janji itu dipercayai menghantar rombongan merisik teman wanitanya.

Berdasarkan video itu juga, dilihat seperti majlis terbabit diadakan secara ringkas dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Kedua-duanya mengenakan padanan busana berona putih dan turut dilihat bergambar bersama selepas acara selesai.

Terdahulu, Sufian mendedahkan dirinya sedang mengenali seorang wanita sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, dia memilih untuk mendedahkan identiti wanita berkenaan.

Untuk rekod, Sufian pernah bertunang dengan pelakon, Elfira Loy pada 2017, tetapi ikatan pertunangan mereka putus selepas empat bulan.