Tawar pelantikan tetap kepada 2,083 kontrak – Dr Zaliha

Seramai 2,083 pegawai perubatan kontrak akan diserap ke perjawatan tetap pada akhir tahun ini sekali gus menjadi salah satu usaha kerajaan menyerap 12,800 doktor kontrak sebagai lantikan tetap.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, perkara itu akan dilakukan secara berperingkat dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Peluang perjawatan tetap bagi 12,800 untuk tempoh tiga tahun berturut-turut. Kita telah melaksanakan sebahagian daripada penempatan itu.

“Dengan kerjasama SPA, kita akan menawarkan pelantikan tetap lagi untuk 2,083 tambahan pegawai perubatan kontrak ke tetap. Kita jangka untuk mereka melapor diri di fasiliti kita pada akhir Disember ini,” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan komited untuk menyerap seramai 12,800 doktor kontrak dalam tempoh tiga tahun dengan permulaan hampir 4,300 pegawai kontrak diserap ke tetap tahun ini.

Untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan baki pegawai kontrak disasarkan akan diserap menjelang 2025 dengan anggaran peruntukan tambahan sekitar RM1.7 bilion.

Anda Mungkin Berminat