Beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul juara badminton Terbuka Denmark selepas menewaskan beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dalam perlawanan akhir pada Ahad.
Set pertama Aaron-Wooi Yik yang berstatus nombor empat dunia tampil agresif dengan pungutan mata 21-13 dalam aksi di Arena Jyske Bank, Odense.
Set kedua Aaron-Wooi Yik terus optimis memberikan saingan sengit kepada beregu ke-14 dunia itu sebelum menang 21-17 dalam masa 33 minit sekali gus gelaran pertama Siri Jelajah Dunia dalam karier.
Kemenangan itu melayakkan gandingan negara membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah AS$62,900 (RM299,875).