50 penduduk Changkat Jong dipindahkan ekoran air sungai melimpah

Seramai 50 mangsa daripada 16 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas empat kawasan sekitar Changkat Jong dinaiki air, Teluk Intan, Perak pada Isnin.

Kejadian itu berpunca daripada limpahan air Sungai Bidor akibat hujan lebat hingga tengah malam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak, berkata, kesemua mangsa terjejas dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak yang dibuka pada 7 malam.

“Antara kawasan terjejas membabitkan Lorong Kedah; Lorong Belakang Klinik; Batu 9 Simpang 3 dan Batu 10, masing-masing terletak berhampiran Changkat Jong.

“Pecahan mangsa mengikut kategori iaitu membabitkan kanak-kanak (21), lelaki dewasa (13) dan wanita (16),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pihak APM akan terus membuat pemantauan secara berkala dan semua mangsa yang terkesan masih berada di PPS setakat 10 pagi tadi.

Anda Mungkin Berminat