Global

Lebih 1,000 kucing terselamat daripada jadi korban tauke restoran

Memilukan dan menyedihkan apabila wujud sindiket di China yang menjadikan kucing sebagai korban sekali gus hidangan kepada pelanggan restoran.

Awal Oktober lalu, polis tempatan berjaya menyelamatkan lebih 1,000 kucing yang dimuatkan dalam trak, dipercayai hendak disembelih dan dijual.

Menurut media tempatan, The Paper, haiwan lebih mengecewakan apabila pihak tidak bertanggungjawab itu mendakwa daging sembelihan itu sebagai daging babi, lembu atau kambing kepada pelanggan restoran di Zhangjiagang, sebuah daerah di bandar Suzhou di wilayah Jiangsu.

Polis giat membuat pemeriksaan ketat setelah mendapat aduan daripada kumpulan pencinta kucing pada 12 Oktober lalu.

Kumpulan pencinta haiwan cuba mengesan trak penuh dengan muatan kucing itu selama hampir seminggu, selepas menemui puluhan peti kayu yang setiap satu mengandungi kira-kira 20 ekor kucing, di tanah perkuburan di wilayah pantai timur.

Menurut seorang aktivis haiwan, Gong Jian, trak yang membawa muatan kucing itu dalam perjalanan ke pusat penyembelihan, di mana haiwan itu akan disembelih dan dijadikan makanan seperti sate lidi dan sosej sebelum dijual sebagai daging babi, kambing atau daging lembu,

“Selepas enam hari mengintip lokasi di mana kucing biasanya berkeliaran dan laluan yang digunakan peniaga, kami berjaya memintas trak kucing di jalan raya dan menghubungi polis tempatan untuk mendapatkan bantuan.

“Daging kucing dijual pada harga 4.50 yuan (RM2.94) bagi satu paun atau 0.45 kilogram (kg) tetapi di pasaran, daging kambing boleh dijual dengan harga 30 yuan (RM19.63) bagi 0.45kg.

“Menjual daging kucing dengan berat sekitar empat hingga lima paun sebagai daging kambing atau daging babi, (peniaga) memperoleh keuntungan berdasarkan perbezaan keseluruhan harga,” katanya.

Sebelum ini, kumpulan aktivis itu menemui sebuah rumah penyembelihan di wilayah tenggara Guangdong di mana bangkai kucing beku yang dilapah disimpan untuk dijual. – Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close