Negeri

Lelaki maut kereta terjunam dalam longkang di Melaka

Seorang lelaki meninggal dunia selepas kenderaan dipandunya terbabas dan masuk ke dalam longkang besar di hadapan pintu Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu, Jalan Durian Daun, Melaka pada Rabu.

Mangsa, Tey Shen Hao, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, dalam kejadian 8.50 malam itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju ke Bukit Baru.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian kereta Proton Saga dipandu mangsa hilang kawalan lalu terjunam ke dalam longkang di hadapan bangunan IPG tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat hentakan kuat pelanggaran.

“Mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Tambahnya, belum ada saksi yang tampil memberi keterangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sinar Harian

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close