Sukan

Harimau Malaya jatuh 3 anak tangga

Skuad bola sepak Malaysia menduduki tangga 137 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.

Kedudukan terbaru itu menunjukkan Malaysia berada itu tangga ketiga ASEAN di belakang Vietnam (94) dan Thailand (112).

Malaysia yang mengumpul 1096.72 mata selepas dua perlawanan menentang India dan Tajikistan.

Skuad Harimau Malaysia mencatatkan penurunan tiga anak tangga berbanding di kedudukan 134 (1094.9 mata) pada September.

Bagaimanapun skuad bimbingan Kim Pan-gon berpeluang untuk memperbaiki kedudukan ranking dalam misi Kelayakan Piala Dunia menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada November nanti.

Untuk rekod, kemas kini ranking FIFA yang seterusnya adalah pada 30 November 2023.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close