‘Dakwaan tidak berasas’ – TikTok nafi kononnya sekat kandungan pro-Palestin di Malaysia

Platform media sosial TikTok mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan kerajaan Malaysia bahawa ia menyekat kandungan pro-Palestin dan menyifatkannya sebagai ‘tidak berasas’ pada Jumaat.

Malaysia sebelum itu, memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap firma media sosial itu dan Meta, atas dakwaan platform berkenaan mengehadkan kandungan yang menyokong perjuangan Palestin.

Meta memberi maklum balas pada Khamis mengatakan tuduhan itu tidak benar dan mereka tidak mengekang hak bersuara di laman Facebook.

Memetik laporan media antarabangsa, jurucakap TikTok, menolak tuduhan Malaysia mendakwa menyekat kandungan pro-Palestin.

“Dakwaan ini tidak berasas. Garis panduan komuniti kami berpegang kepada kesaksamaan kepada semua kandungan TikTok, dan kami komited untuk sentiasa melaksanakan dasar bagi melindungi komuniti,” katanya.

Sebelum ini, Meta mengklasifikasi hampir 800,000 kandungan dalam bahasa Yahudi atau Arab, sejak serangan & Oktober lalu.

Sementara TikTok pula mengeluarkan lebih 775,000 kandungan video dan 14,000 penstriman langsung sejak konflik antara Israel dan Palestin berlaku. – Agensi

Anda Mungkin Berminat