Negeri

Onn Hafiz kecewa 14 sungai di Johor dalam senarai paling tercemar

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meluahkan rasa kecewa terhadap tahap kebersihan 14 sungai di Johor yang berada dalam kategori paling tercemar.

Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Sungai Kempas, Sungai Buluh, Sungai Tampoi dan Sungai Pandan.

Katanya, sisa sampah, bahan buangan menjadi antara punca pencemaran bahan kimia berlaku sehingga mengakibatkan rasa tidak selesa sekali gus menjejaskan kesihatan.

“Saya meminta Jabatan Alam Sekitar (Jas), Jabatan Perairan dan Saliran (JPS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi berkenaan untuk mengadakan satu task force dan mewujudkan rangka kerja dalam menangani isu sungai tercemar di Johor ini pada kadar yang segera,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar mencadangkan supaya wujudkan Pelan Tindakan Pencegahan, Pencemaran dan Pembersihan Sungai di setiap negeri bagi menangani isu pencemaran yang berterusan.

Untuk rekod, setakat tahun lalu, 29 sungai di Malaysia tercemar teruk dan diklasifikasikan sebagai Kelas Empat dan Lima berpunca daripada pelbagai aktiviti industri, kumbahan, penternakan serta sikap masyarakat membuang sampah-sarap merata-rata.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close