PM bantu penyanyi veteran

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada dua artis veteran tanah air yang masing-masing menghidap penyakit osteoarthritis dan kanser limfoma.

Sumbangan tersebut disempurkan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi ketika mengadakan kunjungan di kediaman pelakon popular era 1980-an, Fauziah Samad dan pertemuan dengan penyanyi, Ibnor Riza.

“Sempat juga beliau kongsikan rona dunia seni ketika masih bergiat aktif.

“Namun, keadaan kini berubah apabila beliau menghidap penyakit osteoarthritis sehingga terpaksa berkerusi roda,” kata Ahmad Farhan dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah, Ibnorb Riza turut menerima sumbangan bagi meringankan beban bagi merawat penyakit kanser limfoma.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mendengarkan keadaan beliau yang diuji sebegini telah memberi kesan yang mendalam terhadap saya,”
ujarnya.

Masing-masing menerima sumbangan Perdana Menteri bagi membantu meringakan kos perubatan.

Anda Mungkin Berminat