Nasional

Najib terima rawatan di HKL

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengesahkan Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke hospital.

Begitupun, beliau tidak boleh berkongsi maklumat berkaitan tahap kesihatan atau rawatan yang sedang diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu.

“Saya hanya boleh mengesahkan kemasukan beliau ke hospital tapi rawatan, penyakit dan sebagainya, itu adalah sulit.

“Itu sahaja yang boleh saya maklumkan,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen pada Khamis.

Sebelum ini bekas Ahli Parlimen Pekan itu dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19.

Dalam satu kenyataan, pegawai khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan Najib dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa selepas beliau mengadu demam.

“Setelah pemeriksaan dilakukan doktor pakar, beliau didapati positif Covid-19,” katanya.

Najib dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin serta rawatan lanjut di HKL

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close