Nasional

Penyasaran semula subsidi diesel hanya di Semenanjung – Anwar

Penyasaran semula subsidi diesel secara berfasa hanya akan dilaksanakan di Semenanjung, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata penyasaran semula subsidi berkenaan tidak melibatkan Sabah dan Sarawak kerana diesel digunakan secara menyeluruh di dua-dua negeri berkenaan.

“(Penyasaran) subsidi diesel digunakan hanya di Semenanjung, sebab di Sabah Sarawak diesel digunakan secara menyeluruh jadi kalau nak laksanakan kena kaji dampaknya begitu rupa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada Khamis.

Anwar berkata kos keseluruhan subsidi kini berjumlah RM81 bilion yang turut dinikmati oleh warga asing serta golongan maha kaya.

“Tetapi nelayan yang menerima subsidi diesel itu diteruskan juga (RM1.65 seliter), kenderaan diesel dalam kategori pengangkutan awam termasuk van dan bas sekolah juga kekal RM1.88 seliter.

“Jadi saya harap dapat menerima penyasaran semula diesel ini kerana ia boleh mengurangkan beban kerajaan,” katanya.

Harga diesel bersubsidi ketika ini adalah RM2.15 seliter berbanding harga pasaran kini yang mencecah RM3.78 seliter. – Bernama

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close