Parti Keadilan Nasional (PKR) menafikan dakwaan bahawa mereka menjadi ahli kepada Liberal International.
Ketua Peneragannya Fahmi Fadzil, menegaskan, sejak kebelakangan ini, terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan parti tersebut dengan satu pertubuhan gabungan parti-parti iaitu Liberal International.
“Saya mengesahkan bahawa Keadilan (PKR) bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International, “ katanya dalam satu kenyataan.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital turut menzahirkan pendirian parti tersebut bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin, serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin.
Baca juga: